WILAYAH - UTARA > BERITA

Kebocoran Paip IWK Punca Lubang Benam Di Pantai Jerejak

16/10/2024 06:12 PM

GEORGE TOWN, 16 Okt (Bernama) -- Insiden lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak dekat sini hari ini berpunca daripada kebocoran paip Indah Water Konsortium (IWK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Fahmi Zainol berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan IWK yang dianggarkan mengambil masa selama seminggu.

“Pengguna jalan raya perlu guna laluan alternatif kerana jalan ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup selama seminggu,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri turut meninjau lokasi lubang benam berkenaan di Lebuh Bukit Kecil 3, setelah dilaporkan penduduk kira-kira 8 pagi ini.

Gambar tayar sebuah bas sekolah terbenam di lubang berkenaan turut tular, namun tiada kecederaan dilaporkan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan