WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tiada Operasi Pelepasan Air Di Empangan Susu - TNB

16/10/2024 08:21 PM

KUANTAN, 16 Okt (Bernama) -- TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) memaklumkan tiada operasi pelepasan air di Empangan Susu, Stesen Janakuasa Ulu Jelai, Ringlet, Cameron Highlands hari ini sepertimana tular di media sosial.

Pengurus Besar Stesen Janakuasa Cameron Highlands TNB Genco Sa'aidan Abu Hasan berkata tiada operasi pelepasan air dilaksanakan hari ini atau sepanjang tempoh monsun di mana-mana empangan milik TNB.

“Paras air di semua empangan kami masih di paras normal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular satu surat didakwa daripada TNB Genco meminta penduduk kampung Pos Telanok mengambil langkah berjaga-jaga dan menjauhi Sungai Bertam sepanjang tempoh pengujian pintu air (pelepasan air) dilakukan oleh pihak Stesen Janakuasa TNB.

Penularannya di media sosial menyebabkan warganet di negeri itu menyatakan kebimbangan mereka dengan situasi berkenaan yang disifatkan akan memburukkan lagi banjir di Temerloh ketika ini.

Setakat 6.50 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat  kepada 1,667 orang berbanding 1,552 orang pada sebelah pagi, dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan sembilan PPS beroperasi ketika ini.

Paras air di Sungai Semantan di daerah itu pula dilaporkan melebihi tahap amaran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan