WILAYAH - SABAH > BERITA

PKOB Diaktifkan Persediaan Hadapi Air Pasang Ekstrem Di Lahad Datu Esok

18/10/2024 06:36 PM

LAHAD DATU, 18 Okt (Bernama) -- Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diaktifkan sebagai persediaan berdepan fenomena air pasang tahap ekstrem yang dijangka melanda Lahad Datu pada esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lahad Datu Firuzidzualdeen Benetty Mohd Dzul.

Beliau berkata antara kawasan berpotensi terjejas akibat fenomena itu termasuk Kampung Silam, Kampung Air Puyut, Kampung Sabah Baru, Kampung Desa Bajau, Kampung Dasar Baru, Kampung Tanjung Paras, Kampung Taruakan dan Kampung Lok Bikin.

"Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi, khususnya di perkampungan atas air dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga.

"Penduduk juga dinasihatkan untuk segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan kecemasan, penduduk boleh menghubungi PKOB Daerah Lahad Datu di talian 089-880991 bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam laman web rasmi hari ini mengeluarkan amaran kejadian air pasang ekstrem pada esok membabitkan tiga stesen iaitu Pulau Langkawi, Pulau Lakei serta Lahad Datu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan