WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik Terkandas Di Suku Akhir

19/10/2024 12:08 AM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Hasrat beregu nombor satu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir di Odense malam ini.

Pada aksi berlangsung di Jyske Bank Arena itu, beregu ranking keempat dunia tersebut dikejutkan dengan kekalahan straight set 20-22,15-21 kepada beregu ke-21 dunia dari China Chen Bo Yang-Liu Yi.

Ia juga merupakan kekalahan pertama Aaron-Wooi Yik kepada pasangan tersebut selepas menang pada pertemuan di Masters Malaysia dan Terbuka Artik pada tahun ini.

Bo Yang-Liu Yi dijadual bertemu beregu senegara Liang Wei Keng-Wang Chang di pentas separuh akhir selepas menewaskan gandingan Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 18-21, 21-12 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Harapan negara kini bergantung kepada beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah untuk meneruskan perjuangan apabila turun bertarung menentang pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di separuh akhir esok.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan