WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Leclerc Catat Kemenangan Di Grand Prix F1 Amerika Syarikat

21/10/2024 05:08 PM

MOSCOW, 21 Okt (Bernama-Sputnik) -- Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mencatat kemenangan bergaya di Grand Prix Amerika Syarikat, pusingan ke-19 Kejuaraan Formula 1 yang berlangsung di Litar Austin, lapor Sputnik.

Leclerc yang memulakan perlumbaan dari petak keempat, berjaya melengkapkan 56 pusingan dengan catatan masa terpantas.

Rakan sepasukannya, Carlos Sainz menamatkan saingan di tempat kedua, ketinggalan 8.562 saat di belakang Leclerc.

Juara dunia semasa, Max Verstappen dari pasukan Red Bull, melengkapkan kedudukan podium dengan ketinggalan 19.412 saat.

Berikut adalah senarai pemandu yang mengisi 10 tempat teratas: 4. Lando Norris (Great Britain, McLaren, +20.354); 5. Oscar Piastri (Australia, McLaren, +21.921); 6. George Russell (Great Britain, Mercedes, +56.072); 7. Sergio Perez (Mexico, Red Bull, +59.072); 8. Nico Hulkenberg (Jerman, Haas, +1:02.957); 9. Liam Lawson (New Zealand, Red Bull, +1:10.563); 10. Franco Colapinto (Argentina, Williams, +1:11.979).

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali terpaksa menarik diri lebih awal daripada perlumbaan kali ini.

Perlumbaan seterusnya bagi kejohanan Formula 1 akan berlangsung pada 27 Okt di Mexico.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan