WILAYAH - TIMUR > BERITA

Dua Lelaki Ditahan Seludup Air Zam Zam Di Kota Bharu

24/10/2024 02:02 PM

KOTA BHARU, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Kastam Kelantan menahan dua lelaki disyaki menyeludup 6,719 liter air zam zam dianggarkan bernilai RM146,237 termasuk cukai pada 14 Okt lepas.

Pengarah Kastam Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata kesemua air zam zam itu ditemukan dalam sebuah stor penyimpanan dan dua premis perniagaan di sekitar sini.

Beliau berkata kesemua air zam zam berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan modus operandi sindiket ini membuat pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua air zam zam itu dirampas dan ia merupakan barang larangan yang mana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023 dan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

TAG: kastam, air zam zam, seludup, Wan Jamal Abdul Salam

 


MAMA MAMA AZH


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan