WILAYAH - SARAWAK > BERITA

35 Bas Disaman Kerana Tiada Pemandu Kedua

31/10/2024 10:44 PM

BUKIT MERTAJAM, 31 Okt (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman ke atas 35 pemandu bas ekspres dan persiaran dalam Operasi Khas yang dijalankan di Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di sini hari ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya malam ini, JPJ Pulau Pinang memaklumkan semua saman itu dikeluarkan atas kesalahan tiada pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh melebihi 300 kilometer (km) atau pemanduan melebihi empat jam.

"Operasi Khas JPJ Pulau Pinang terhadap kenderaan pelancongan dan kenderaan perkhidmatan awam (bas persiaran dan bas ekspres ) itu bermula 11 malam semalam hingga 6 pagi tadi membabitkan 20 pegawai dan aggota JPJ negeri.

"Selain 35 bas yang dikenakan saman tersebut, pihak JPJ turut mengesan kesalahan lain iaitu tidak kemas kini buku log pemandu, gagal selenggara kenderaan dengan baik dan kesalahan teknikal," menurut kenyataan itu.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan pihaknya turut mengeluarkan 169 notis saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi tersebut.

Pemandu dan pengusaha kenderaan perkhidmatan awam dinasihatkan supaya mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa selain memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan