WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lazada Lancar AI Lazzie Dikuasakan Kecerdasan Buatan, Janjikan Jualan Menarik 11.11

08/11/2024 11:54 AM

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Lazada Malaysia memperkenalkan AI Lazzie, pembantu beli-belah terbaharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), memudahkan pengguna membeli dengan bijak sambil menikmati pelbagai tawaran di platform itu bersempena dengan Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada.

Lazada Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pelancaran AI Lazzie itu selaras dengan komitmen kumpulan berkenaan untuk memberikan pengalaman terkini dengan harga terbaik serta memenuhi keperluan pembeli celik digital di Asia Tenggara.

 Di samping inovasi ini, Lazada bekerjasama dengan Kantar mengeluarkan kertas putih Artificial Intelligence Adoption in eCommerce in Southeast Asia yang meninjau lebih 6,000 pembeli di enam pasaran Lazada di Asia Tenggara untuk memahami penggunaan AI dalam platform e-dagang.

"Kajian itu mendedahkan 88 peratus pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan kandungan dan cadangan yang dijana AI, menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pandangan dipacu AI. Separuh daripada responden (52 peratus) juga menyatakan bahawa kemudahan beli-belah sebagai sebab utama mereka menerima AI dalam kehidupan.

"Lebih satu per tiga responden pula menilai ciri AI seperti chatbot (47 peratus), carian produk bervisual (40 peratus), dan terjemahan (40 peratus) membantu memenuhi keperluan membeli-belah mereka," menurut kenyataan itu.

Menurut Lazada, 92 peratus pengguna yang menggunakan ciri AI secara aktif menghargai cadangan yang diperibadikan, 90 peratus menghargai peranan AI meringkaskan maklumat produk dan membantu membuat keputusan, serta 49 peratus melaporkan bahawa AI meningkatkan penemuan produk, perkhidmatan pelanggan dan keseronokan membeli-belah dalam talian.

"Bagi memenuhi permintaan terhadap pengalaman beli-belah yang lebih menarik, Lazada melancarkan rangkaian penambahbaikan AI bertujuan meningkatkan empat dimensi (4D) utama pengalaman pengguna, iaitu penemuan (discovery), kebolehpercayaan (dependability), tawaran (deals) dan pembuatan keputusan (decision- making).

"Rangkaian penambahbaikan AI termasuk AI Lazzie, pembeli peribadi interaktif yang berfungsi 24/7 memberikan bantuan bagi pelbagai keperluan membeli-belah. AI Lazzie, sama ada membimbing pengguna ke tawaran terbaik atau membantu memilih produk sempurna, ia mengubah pengalaman membeli-belah menjadi lebih lancar dan intuitif," menurut kenyataan itu.

AI Lazzie, bot sembang AI yang pertama seumpamanya dalam platform e-dagang dan dikuasakan oleh OpenAI ChatGPT, boleh diakses menerusi ciri Message+ dalam aplikasi Lazada yang menawarkan pengguna maklum balas kontekstual, pengesyoran produk serta akses kepada tawaran, baucar dan diskaun eksklusif.

Ciri AI baharu Lazada itu juga memberikan pengguna dan penjual pelbagai manfaat termasuk saranan pintar (berdasarkan interaksi pengguna dan sejarah pembelian), model try-on (menggambarkan pakaian dan saiz berdasarkan model AI), ringkasan dihasilkan AI (merumuskan maklum balas pengguna dan gambaran ringkas produk).

"Bagi meraikan pelancaran AI Lazzie, pengguna boleh mengambil kuiz personaliti iaitu What’s Your Spirit Animal yang menyediakan pelbagai soalan menyeronokkan. Peserta kemudian akan menemui persona pembeli unik mereka, yang digambarkan sebagai haiwan semangat.

"Daripada llama yang curiga kepada musang fennec hiperaktif, setiap haiwan semangat akan memberikan kod eksklusif terhad kepada peserta yang boleh ditaip menerusi Message+ untuk menebus baucar LazCash bagi pembelian 11.11 mereka," menurut Lazada.

Pada Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada bermula 10 Nov (8 malam) hingga 13 Nov, pengguna dapat menikmati penjimatan tiada tandingan dalam pelbagai kategori produk, dengan sorotan jualan tahun ini termasuk RM11 Crazy Deals, Exclusive Products and Special Deals on Livestream dan Save Up to RM1,111 on Your Shopping.

Selain itu, Trendy Clothing from Taobao Fashion bagi peminat fesyen dan Lowest Price Guaranteed turut ditonjolkan bagi membolehkan pengguna membuat tuntutan kepada Lazada sekiranya mereka menjumpai harga lebih rendah di tempat lain, untuk bayaran semula 120 peratus atas perbezaan harga dalam bentuk LazCash.

 "Dengan diskaun hebat daripada platform dan baucar penjual, penghantaran percuma di seluruh kedai, tawaran LazFlash hingga 90 peratus dan banyak lagi, inilah masa yang paling sesuai untuk membeli-belah.

"Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada menggabungkan kemudahan berkuasa AI dengan tawaran yang tiada tandingan, menjadikannya sebab utama pengguna perlu menyertai acara beli-belah musim ini," menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai AI Lazzie atau Jualan Tahunan Terbesar 11.11, layari www.lazada.com.my atau semak carian #LazadaMY1111Sale, #LowyaltyEra, dan #LazadaMY dalam media sosial untuk kemas kini terkini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan