WILAYAH - SELATAN > BERITA

Polis Tahan Enam Lelaki Warga Bangladesh Di Muar, Tumpas Sindiket 'Along'

08/11/2024 01:23 PM

JOHOR BAHRU, 8 Nov (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar dua hari lepas, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Muar Raiz Mukhliz Aznan Aziz berkata kesemua suspek warga Bangladesh yang berusia 26 hingga 40 tahun itu ditahan oleh petugas bahagian siasatan jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Beliau berkata pihaknya turut merampas tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima beg silang pelbagai jenis, 187 keping kad ATM serta wang tunai RM176,250 yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan 'Along' oleh suspek.

"Siasatan mendapati suspek menyasarkan pekerja warga Bangladesh di daerah ini dengan mengenakan kadar faedah tertentu, dan mereka turut menahan kad ATM milik peminjam, sehingga pinjaman dilunaskan.

"Kesemua suspek direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan