WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anwar Undang Bekas Mufti Mesir, Teruskan Kesinambungan Pengajian Turath Islami

12/11/2024 06:08 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir Syeikh Prof Ali Jum'ah ke Malaysia, bagi meneruskan kesinambungan pengajaran turath Islami yang sedang giat digerakkan oleh kerajaan.

Beliau berkata undangan itu juga seiring dengan penganjuran Majlis Sama' Hadis Shahih Bukhari yang kini sedang berlangsung di Putrajaya.

Perkara itu disuarakan Anwar melalui pertemuannya dengan Ali yang juga Ketua Lajnah Agama dan Wakaf di Parlimen Mesir, sejurus tiba dari Riyadh, Arab Saudi.

“Maudu’ perbincangan berkisar ikhtiar kerajaan MADANI untuk terus meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul melalui pengajian tradisi turath, dan penterjemahan karya-karya ilmiah di khalayak masyarakat,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar tiba di Riyadh, semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam.

Kehadiran Perdana Menteri ke sidang kemuncak itu adalah untuk menyuarakan pandangan dan membawa mandat rakyat Malaysia mengenai kekejaman berterusan serta isu kemanusiaan yang berpunca daripada tindakan rejim Zionis Israel di Palestin dan Lubnan.

Anwar kembali ke Kaherah untuk meneruskan lawatan rasmi empat harinya ke Mesir, yang bermula Sabtu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan