WILAYAH - TIMUR > BERITA

Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka

13/11/2024 07:54 PM

KUANTAN, 13 Nov (Bernama) -- Laluan di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada 4 petang tadi telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

“Kira-kira 4 petang tadi, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat satu kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di KM 54. 

“Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan bomba Pahang. Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Balai Polis Cameron Highlands di talian 05-4915999.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan