KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induk, KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata Pengerusi KKIP Power Datuk Joseph Lee menyerahkan pembayaran dividen itu kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe yang juga pengerusi KKIP.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan itu dalam satu majlis di Menara Kinabalu di sini, Rabu.
KKIP, syarikat milik penuh Kerajaan Sabah yang ditubuhkan pada 1994 memegang 51 peratus saham dalam KKIP Power yang mengumumkan dividen RM6.15 juta untuk tahun tersebut.
KKIP Power, diperbadankan pada 1996, ialah syarikat utiliti bekalan elektrik yang bertanggungjawab untuk penghantaran, pengagihan dan retikulasi elektrik di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial