WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JPJ Serah Lesen Percuma Kepada 199 Peserta MyLesen Di Sarikei

17/11/2024 03:51 PM

SARIKEI, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 199 peserta program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Bahagian Sarikei yang terdiri daripada golongan B40 menerima lesen memandu percubaan (PDL) Kelas B2 (Motosikal) selepas berjaya menamatkan program berkenaan di sini hari ini.

Lesen kepada penerima disampaikan oleh Residen Bahagian Sarikei Datuk Michael Ronnie Langgong yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii di Dewan Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei.

Sementara itu, Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata program itu bukan sahaja membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu secara percuma tetapi juga membuka ruang kepada mereka meningkatkan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan.

“Saya ingin mengingatkan pemilik lesen supaya tidak terlibat dengan aktiviti seperti lumba haram, pengubahsuaian motosikal secara ekstrem, serta menunggang motosikal secara melulu,” katanya dalam teks ucapan beliau yang dibacakan Ketua Bahagian Kanan Pengurusan JPJ Sarawak Christopher Alex Boniface Barau.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah program Randau Digitalisasi JPJ Bahagian Sarikei.

Norizan mengingatkan peserta program MyLesen supaya sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dengan mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

"Mereka yang terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang akan diheret ke mahkamah dan boleh didenda mencecah ribuan ringgit,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan