KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Orang ramai dipelawa hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula esok bagi sama-sama meneroka jalan untuk menambah baik perkhidmatan awam negara.
Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri, selaku sekretariat induk 2TM, menerusi hantaran di Facebook hari ini, turut mengajak orang ramai untuk meraikan kebersamaan pada program berkenaan yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.
“Selama tiga hari ini bawa keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, kita jumpa di sana, MADANI di hati, rakyat disantuni,” menurut hantaran itu.
“Selama tiga hari ini, bawa keluarga, sanak saudara, dan rakan taulan bermula 9 pagi hingga 6 petang. Kita jumpa di sana, MADANI di Hati, Rakyat Disantuni,” menurut hantaran itu.
Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi, dan jabatan kerajaan kepada rakyat.
Selain itu, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program tersebut pada 11 pagi, Sabtu ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial