GEORGE TOWN, 24 Nov (Bernama) -- Polis sedang menyiasat satu kes berhubung perbuatan khianat oleh seorang lelaki yang merosakkan motosikal, selepas klip video berkaitan kejadian itu menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Beliau berkata polis telah menerima tiga laporan berhubung kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 21 Nov kira-kira pukul 6 petang berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, melibatkan kerosakan dua motosikal dan sebuah topi keledar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Video berdurasi satu minit 25 saat yang tular di media sosial itu memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan khianat terhadap beberapa buah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah premis perniagaan, bagaimanapun pada penghujung rakaman, seorang individu dilihat menghampiri lelaki itu dan menghayunkan topi keledar ke arah kepalanya sebelum dia rebah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial