KOTA KINABALU, 3 Dis (Bernama) -- Sabah FC akan turun menentang Kuching City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam esok tanpa enam pemain tonggak akibat kecederaan, kata jurulatih sementaranya Alto Linus.
Beliau berkata pemain Sabah FC yang dalam senarai kecederaan selepas perlawanan Piala Malaysia menentang PT Athletic FC minggu lepas termasuk Gabriel Peres, Saddil Ramdani, Miguel Cifuentes, Muhammad Farhan Roslan, Kwan Ming Ko dan Darren Lok.
Alto berkata persiapan Sabah FC sedikit terjejas akibat ketiadaan enam tonggak itu, namun ia memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.
“Kita mengakui Kuching City FC merupakan antara pasukan terbaik dalam Liga Super, lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri. Namun kita yakin pemain Sabah FC mampu melakukan apa sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sabah FC kini berada di tangga ketiga Liga Super dengan memperoleh 26 mata berbanding Kuching City FC di tangga kelima dengan 18 mata.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial