WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA LELAKI DITAHAN KES ROGOL GADIS ORANG ASLI

15/12/2024 02:55 PM

KUANTAN, 15 Dis (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial di Pekan Ringlet, Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira 3.20 pagi semalam selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lepas, pukul 3.47 pagi. 

“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek di ‘Aps Dating’ dan telah dibawa suspek dengan menaiki kenderaan Proton Wira untuk 'berjalan-jalan' dan mangsa kemudian telah dibawa ke Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang dirogol di dalam kereta ditinggalkan di sebuah lorong dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke balai polis.

"Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut," katanya.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut,” katanya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan