WILAYAH - SARAWAK > BERITA

UniMAP TERIMA DANA PENYELIDIKAN RM23.6 JUTA PADA 2024, TERTINGGI SEJAK 2002

15/12/2024 04:01 PM

KANGAR, 14 Dis (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima dana penyelidikan berjumlah RM23.6 juta pada tahun ini, tertinggi sejak universiti itu ditubuhkan pada 2002, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hampir RM14 juta melibatkan dana kerajaan manakala RM8 juta lagi daripada dana industri dan selebihnya dana antarabangsa serta universiti. 

“UniMAP juga antara penerima tertinggi bagi Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) 2024 dengan jumlah dana Kementerian (Pendidikan Tinggi) sebanyak RM6.5 juta dan dana industri RM1.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM8 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliman berkata seorang penyelidik UniMAP iaitu Prof Dr Azremi Abdullah Al Hadi pula telah diiktiraf dalam kalangan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2024 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

“Selain itu, enam penyelidik UniMAP terdiri daripada staf dan seorang mahasiswa pascasiswazah telah berjaya disenaraikan antara dua peratus Saintis Terbaik Dunia oleh Universiti Stanford bagi kategori Career – Long & Single Year Citation Impact 2024.

Kejayaan ini menunjukkan penyelidik UniMAP bukan hanya diiktiraf di peringkat nasional, malah turut mendapat pengiktirafan di peringkat global,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan