WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KNKV Viral Award 2025 Medan Iktiraf Pempengaruh Media Sosial

23/12/2024 09:40 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- KNKV Viral Award 2025 yang akan berlangsung pada tahun depan ialah medan mengiktiraf pempengaruh media sosial yang berjaya mempromosikan semangat perpaduan, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.

Beliau berkata penganjuran anugerah itu mengetengahkan tema ‘Memupuk Perpaduan Negara’ bakal  diadakan pada 17 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

“Menerusi penganjuran KNKV Viral Award 2025 ini, ia akan membantu memberikan panduan kepada pempengaruh dan pengguna media sosial untuk menggunakannya dengan lebih bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas pelancaran KNKV Viral Award 2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group Prof Adam Richman berkata anugerah berkenaan memfokuskan kepada kandungan digital yang mempromosikan nilai keharmonian, kerjasama dan kepelbagaian budaya.

“Dengan penglibatan lebih 700 pempengaruh tempatan dan antarabangsa, KNKV Viral Award menjadi platform berimpak besar dalam memperkukuh semangat perpaduan.

“Setiap pempengaruh yang terlibat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pengikut di media sosial, bebas kontroversi dan tidak terlibat isu politik,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan