WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BHIC Jual Kepentingan Dalam CAD Kepada Syarikat Jerman Pada Harga RM54 Juta

24/12/2024 09:14 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) menjual pegangan ekuitinya dalam Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) kepada pengeluar automotif dan pertahanan Jerman, Rheinmetall AG.

Dalam satu kenyataan, BHIC berkata anak syarikat milik penuhnya, BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, mencapai persetujuan dengan Rheinmetall untuk menjual saham dalam pegangan susulan rundingan pada Disember 2023.

Ia berkata pemegang sahamnya mengundi untuk meluluskan penjualan 2.55 juta saham yang bernilai RM54 juta itu dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan hari ini.

“Penjualan itu mewakili 51 peratus pegangan ekuiti dalam CAD dan dianggap sebagai langkah strategik yang akan memudahkan pertumbuhan kumpulan bergerak ke hadapan,” kata BHIC.

CAD terlibat terutamanya dalam pembuatan pemasangan papan litar bercetak industri dan pemasangan binaan kotak dan dalam pengeluaran modul, subpemasangan elektronik, antena dan geganti masa elektronik untuk industri automotif.

Rheinmetall memiliki 49 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Feroz Razi Ramli berkata penjualan itu akan mengukuhkan lagi kewangan kumpulan berikutan penyelesaian hutang RM417 juta pada awal 2024, dan memudahkan penjajaran semula strategik perniagaannya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan