WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Panah Anjing Telah Didakwa Pada 23 Dis - Polis

27/12/2024 09:08 PM

IPOH, 27 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama dengan memanah haiwan tersebut, telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 23 Dis.

Pemangku Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata suspek berusia 44 tahun itu, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah dibebaskan pada hari sama (23 Dis) selepas dituduh di mahkamah sementara menunggu tarikh perbicaraan kes,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Zulkafli berkata polis telah menahan lelaki berkenaan sekitar jam 4.30 petang, 22 Dis, selain merampas satu busur panah dan lima batang anak panah yang dipercayai digunakan membunuh anjing dikenali dengan nama Kutty itu.

Terdahulu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam keras insiden berkenaan yang disifatkan sebagai mencabar prinsip asas kemanusiaan serta perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan