KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 malam ini.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang daripada 22 keluarga berbanding 20 orang daripada 13 keluarga, petang tadi.
Kesemua mereka dari Rumah Leo dan Rumah Alice Jimmy ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kompleks Sukan Kanowit di daerah Kanowit.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.
Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, setakat 8 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial