WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sze Fei-Nur Izzuddin Wakil Tunggal Negara Ke Pentas Akhir Terbuka India

19/01/2025 12:05 AM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.

Ia selepas pilihan ketiga kejohanan itu menundukkan pilihan ketujuh yang juga pasangan tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18 dan 21-14, dalam aksi separuh akhir cukup sengit yang berlangsung selama 37 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi malam ini.

Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di final ialah juara Terbuka Malaysia 2025 dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, yang menyingkirkan satu lagi pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Terdahulu, wakil negara masing-masing beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, juga gagal melangkah ke peringkat akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Turut menamatkan perjuangan di separuh akhir membabitkan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan