WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Tidak Terima Laporan Kumpulan Gajah Kerumun Kereta Di JRTB Gerik-Jeli

19/01/2025 09:16 PM

IPOH, 19 Jan (Bernama) -- Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian sekumpulan gajah mengganggu sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna putih dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu justeru tidak dapat mengesahkan lokasi sebenar.   

Beliau menasihati pengguna laluan tersebut supaya lebih berhati-hati dengan kehadiran hidupan liar.

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar tidak melakukan provokasi sebaliknya menjauhkan diri daripada haiwan berkenaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan sekiranya terserempak dengan gajah, seperti memberhentikan kenderaan, membiarkan gajah melintas, jangan membunyikan hon, tidak memasang lampu tinggi dan tidak melakukan provokasi yang akan membahayakan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi kira-kira satu minit dimuat naik di TikTok memaparkan sebuah kereta didatangi sekumpulan gajah yang turut menggoncang kenderaan itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan