WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mokhzani, Mirzan Telah Isytihar Harta Berjumlah Lebih RM1 Bilion Kepada SPRM - Azam Baki

21/01/2025 06:59 PM

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pengisytiharan harta antaranya membabitkan pegangan aset dan saham kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata Tan Sri Mokhzani dan Mirzan melakukan pengisytiharan harta masing-masing sekitar RM1 bilion dan RM246.2 juta.

“Jadi saya berpuas hati dengan pengisytiharan harta berkenaan oleh keduanya,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari tahun lepas untuk mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, iaitu tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan