BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 WILAYAH - TIMUR > BERITA

PGA Tumpas Kegiatan Pemerdagangan Orang Di Pasir Mas

22/01/2025 08:50 AM

KOTA BHARU, 22 Jan (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang selepas menahan enam warga asing disyaki dari Myanmar termasuk empat kanak-kanak di Kampung Chenerai Alor Pasir, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada 5.30 pagi itu dijalankan atas maklumat yang diperoleh pasukannya menerusi Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.

"Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sah dan disyaki diseludup masuk melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang juga pemilik rumah dan disyaki menjadi tekong untuk menyeludup masuk semua warga asing berkenaan ke negara ini. 

"Kesemua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong terbabit ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan