WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA Rampas Kerbau Disyaki Diseludup Dari Thailand

22/01/2025 10:39 AM

KOTA BHARU, 22 Jan (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek, Pasir Mas pada Isnin lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.

"Anggota menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum mendapati terdapat 11 kerbau dengan anggaran berat sekitar 9,000 kilogram di dalam lori berkenaan.

"Kerbau berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram tanpa dokumen sah. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM242,000 termasuk kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berumur 26 dan 35 tahun yang dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kerbau itu ke pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan