NAGANO (Jepun), 22 Jan (Bernama-Kyodo) -- Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Kejadian menyebabkan seorang lelaki tidak sedarkan diri, sementara suspek lelaki melarikan diri dari tempat kejadian, lapor Kyodo News memetik polis tempatan.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan di Stesen JR Nagano, dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa mengesahkan tidak mengenali penyerang itu.
Menurut saksi, suspek yang dipercayai membawa objek tajam, berbadan kurus dengan ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter dan dipercayai berusia sekitar 40-an.
-- BERNAMA-KYODO
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial