KUANTAN, 25 Jan (Bernama) -- Video tular melibatkan kekerasan terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang merupakan sebahagian babak lakonan ketika raptai semalam bagi demonstrasi sempena lawatan kerja Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli yang dijadualkan Isnin depan.
JPJ Pahang dalam kenyataan menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan kerana boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
“Kami menegaskan bahawa kekasaran dimaksudkan adalah tidak benar. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum mempercayai dan berkongsi sebarang berita atau video tersebar.
"JPJ Pahang akan terus komited memastikan setiap anggota penguat kuasa dilatih dengan baik dan bersedia untuk menangani sebarang situasi dengan profesionalisme serta integriti tinggi," kata kenyataan itu.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ Pahang di talian rasmi atau merujuk kepada saluran komunikasi jabatan itu untuk perkembangan terkini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial