WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tanah Runtuh Miri: Mayat Remaja Lelaki Ditemukan

29/01/2025 09:38 AM

KUCHING, 29 Jan (Bernama) -- Mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi ditemukan kira-kira 6.17 pagi melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam laporan terkini memaklumkan mayat itu dijumpai dalam runtuhan di satu daripada dua rumah yang ditimpa tanah runtuh dalam kejadian pada 2.58 pagi itu.

Usaha kini tertumpu kepada pencarian empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden berkenaan yang terdiri daripada dua wanita dewasa berumur 71 dan 41 tahun, serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.

Tujuh lagi penghuni di dalam kedua-dua rumah yang terjejas itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian terbabit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan