WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tanah Runtuh Miri: Dua Lagi Mayat Mangsa Ditemukan

29/01/2025 01:29 PM

KUCHING, 29 Jan (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri menemukan dua lagi mayat mangsa yang kedua-duanya kanak-kanak perempuan, pagi tadi.

Penemuan mayat itu menjadikan empat mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada 2.58 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat ketiga ditemukan kira-kira pukul 11.38 pagi manakala mayat keempat dijumpai 10 minit kemudian.

Sebelum itu, pasukan operasi menemukan mayat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 6.17 pagi dan seorang wanita dewasa pukul 10.53 pagi.

Usaha untuk mencari seorang lagi mangsa, iaitu perempuan dewasa masih giat dijalankan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan