KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa keperluan harian dan buah tangan khas perayaan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada Tan Yeng Kwee dan Leong Ah Moi dalam siri Ziarah MADANI sempena perayaan tersebut.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini, Tan merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak yang masih bersekolah, manakala Leong ialah seorang mualaf yang tabah menghadapi kehidupan selepas kehilangan anak tersayang dan kini tinggal bersama menantu serta cucunya.
“Kehadiran kami adalah untuk menyampaikan harapan, sokongan, dan tanda bahawa mereka tidak keseorangan.
“Kedua-dua mereka adalah simbol kekuatan yang tersimpan di sebalik ujian hidup. Semoga perayaan ini membawa keceriaan dan menjadi satu permulaan baharu yang lebih indah buat mereka sekeluarga,” menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial