MOSCOW, 13 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rusia menegaskan bahawa kehadiran pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Ukraine dalam apa jua bentuk sekalipun, adalah sama sekali tidak boleh diterima, kata Pengarah First European Department di Kementerian Luar Rusia, Artem Studennikov.
“Kehadiran pasukan NATO di Ukraine, walau dengan apa cara sekalipun, adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Rusia,” katanya dalam wawancara bersama Sputnik/RIA Novosti.
Mengulas cadangan Perancis untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine, beliau menyifatkan inisiatif itu sebagai "tidak matang, tidak berkesan dan bahkan boleh membawa mudarat."
Pada 16 Jan lalu, akhbar The Telegraph melaporkan bahawa Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer dan Presiden Perancis Emmanuel Macron memulakan perbincangan mengenai kemungkinan menghantar pasukan pengaman ke Ukraine selepas sebarang perjanjian bagi menamatkan konflik dicapai.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial