WILAYAH - TIMUR > BERITA

Mayat Peniaga Makanan Wanita Ditemukan Di Tepi Sungai

13/02/2025 11:17 PM

KUANTAN, 13 Feb (Bernama) -- Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari tadi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu. 

"Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta merupakan seorang peniaga makanan.

"Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan