FUKUSHIMA (Jepun), 18 Feb (Bernama-Kyodo) -- Tiga orang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada Selasa di kawasan yang mempunyai kepekatan tinggi gas beracun berhampiran kawasan peranginan air panas di Fukushima, timur laut Jepun dan kemudian disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa bomba tempatan.
Menurut Agensi Berita Kyodo, ketiga-tiga mangsa ditemukan ketika operasi mencari tiga pekerja sebuah hotel di kawasan Takayu Onsen iaitu pengurus dalam usia 60-an dan dua pekerja, dalam usia 50-an dan 60-an. Ketiga-tiga mereka hilang pada petang sebelumnya selepas memasuki kawasan pergunungan berdekatan untuk kerja penyelenggaraan air panas.
Kawasan itu mempunyai kepekatan gas yang tinggi, termasuk hidrogen sulfida, menurut pihak berkuasa.
Pada 7.30 pagi, salji di kawasan itu mencapai ketebalan 146 sentimeter, manakala suhu minus 7.7°C.
-- BERNAMA-KYODO
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial