WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Maut Motosikal Bertembung Kereta

28/02/2025 10:52 AM

JERTIH, 28 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu dekat Kampung Gong Nering, di sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata kemalangan pada 5.45 petang itu berlaku apabila motosikal ditunggang Ayub Zamri, 22, cuba memotong sebuah kereta di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya setelah motosikalnya menggelongsor sebelum dilanggar kereta jenis Honda City yang berada di belakang Perodua Alza berkenaan.

“Ayub yang ketika itu dalam perjalanan ke Setiu dari Kuala Krai, Kelantan mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Sani berkata pihaknya sedang mengesan kenderaan Perodua Alza berwarna merah terbabit yang dipercayai beredar dari tempat kejadian dan belum tampil membuat laporan di mana-mana balai polis setakat ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta membuat laporan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan