LABUAN, 28 Feb (Bernama) -- Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (LFIF) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Bank-Bank Labuan (ALB) menandatangani surat hasrat (LOI) untuk bekerjasama dalam pendidikan dan penyelidikan kewangan antarabangsa.
Dekan dan profesor madya LFIF Dr Geoffrey Harvey Tanakinja berkata perkongsian itu bertujuan untuk merapatkan jurang antara ahli akademik dan industri perbankan, memfokuskan kepada pembangunan modal insan dalam sektor kewangan Labuan.
Di bawah LOI itu, kedua-dua pihak akan memperkenalkan kursus kelayakan mikro "Pengenalan kepada Pencegahan Pengubahan Wang Haram" untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pematuhan kewangan dalam kalangan pelajar dan profesional industri.
Kerjasama itu termasuk perjanjian pembiayaan penyelidikan untuk menyokong kajian dalam bidang kewangan, pematuhan dan perbankan, bersama-sama dengan program pembinaan kapasiti dan inisiatif berkaitan industri.
Selain itu juga juga disasar dapat melengkapkan graduan dengan kemahiran untuk industri kewangan yang sedang berkembang, katanya.
“Sinergi antara ahli akademik dan industri adalah kunci untuk membangunkan modal insan berkualiti tinggi. Kita boleh menambah nilai kepada pelajar dan komuniti perbankan melalui kerjasama ini,” katanya.
Presiden ALB Nor Rashidi Mohammad berkata kerjasama itu akan mewujudkan peluang kepada pelajar dan pengamal industri untuk meningkatkan kepakaran mereka, sejajar dengan permintaan sektor kewangan global yang semakin berkembang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial