KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) -- Seorang penuntut lelaki Kolej Universiti TATI maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kampung Atas Tol di sini, kira-kira 7.55 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ketika kejadian Amirul Iman Mohd Zulkifly, 19, dipercayai dari arah Chendering menghala ke Gelugor Kedai.
Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan.
"Pelanggaran kuat menyebabkan tiang elektrik tersebut patah. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi malam ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Azli meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial