WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hari Komanwel 2025: Malaysia Ulangi Komitmen Terhadap Perpaduan Dan Pembangunan Mampan

10/03/2025 01:25 PM

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Malaysia mengulangi komitmennya untuk memupuk perpaduan, daya tahan ekonomi dan pembangunan mampan dalam kalangan negara-negara Komanwel, bagi masa depan yang lebih baik untuk semua, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan bahawa Malaysia, bersama 55 negara Komanwel turut meraikan Hari Komanwel 2025 yang disambut pada 10 Mac 2025.

“Tema tahun ini, “Together We Thrive”, memaparkan kerjasama erat yang berterusan antara negara Komanwel dalam memperkukuhkan nilai dan prinsip bersama, serta mencapai pembangunan yang inklusif dan mampan.

“Sambutan tahun ini juga signifikan dengan peningkatan hubungan Malaysia-United Kingdom kepada perkongsian strategik, susulan lawatan kerja Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ke United Kingdom dari 14 hingga 19 Januari, 2025,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan