WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hujan Lebat, Banjir Ragut 40 Nyawa Di Bolivia

11/03/2025 01:09 PM

LA PAZ, 11 Mac (Bernama-Xinhua) -- Hujan lebat dan banjir yang melanda Bolivia menyebabkan 40 orang maut manakala tujuh lagi hilang sejak musim tengkujuh bermula pada November, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes menjangkakan angka korban terus meningkat susulan kejadian tanah runtuh di bandar La Paz pada awal Isnin, yang menyebabkan 80 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk berpindah serta menasihatkan orang ramai supaya menjauhi zon berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Setakat Ahad, 163,193 keluarga hilang tempat tinggal atau terpaksa berpindah, dengan kebanyakan mangsa berasal dari wilayah La Paz, menurut laporan terkini agensi pertahanan awam.

Sejak November, hujan lebat telah menjejaskan 105 perbandaran di seluruh negara.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan