SEOUL, 8 Jun (Bernama-Yonhap) -- Lagu "ON" oleh sensasi K-pop, BTS melepasi 500 juta strim di platform muzik global Spotify, menurut agensi kumpulan itu, BigHit Music, pada Ahad.
Menurut Agensi Berita Yonhap, lagu yang dikeluarkan pada Februari 2020 itu mencapai angka 500 juta strim pada Jumaat, menjadikannya lagu ke-16 oleh kumpulan lelaki itu yang mencapai pencapaian sedemikian di platform berkenaan.
"ON" iaitu lagu utama daripada album studio keempat BTS, Map of the Soul: 7, menggambarkan perjalanan kumpulan itu sepanjang tujuh tahun sejak debut mereka.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial