WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EAIC Cadang Penambahbaikan Pengurusan Barang Tahanan Oleh JIM

09/06/2025 10:56 PM

PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memaklumkan telah menerima aduan berkaitan dakwaan kegagalan Jabatan Imigresen (JIM) menyerahkan semula barang tahanan semasa tahanan dikeluarkan dari Depot Imigresen Bukit Jalil.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun hasil siasatan mendapati kehilangan barang berkenaan bukan berpunca daripada kecuaian pegawai JIM.

"Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dalam aspek pengurusan dan pengendalian barang tahanan yang perlu ditambah baik bagi mengelakkan tohmahan atau salah faham terhadap pegawai bertugas," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor penambahbaikan kepada JIM bagi memastikan pengurusan dan pengendalian barang tahanan dilaksanakan selari dengan Prosedur Operasi Kualiti (POK) sedia ada.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan