WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Warga Emas Temui Ajal Ketika Tebang Pokok Getah Di Pangkalan Hulu

02/07/2025 09:30 PM

IPOH, 2 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut dipercayai terkena libasan pokok getah yang ditebang dalam kejadian di Kampung Klian Intan di Pengkalan Hulu, kira-kira 173 kilometer dari sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.15 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Setibanya pasukan di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 76 tahun terbaring dan tidak lagi memberikan sebarang tindak balas. Pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Mangsa dipercayai terkena libasan pokok ketika sedang menebang pokok getah di kebunnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan kebun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan