WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Maut, 16 Cedera Dalam Kemalangan Babit Bas Persiaran, Dua Lori Di Ayer Hitam

03/07/2025 08:58 AM

JOHOR BAHRU, 3 Julai (Bernama) -- Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, Ayer Hitam di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata mangsa maut yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.44 tengah malam, sebelum sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota dari BBP Ayer Hitam serta Yong Peng digegaskan ke lokasi kejadian. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran, lori 'tow truck' dan lori tangki.

"Terdapat dua mangsa, iaitu penumpang bas yang tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala 16 yang lain cedera termasuk pemandu bas serta 28 lagi dilaporkan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohamad Shamin berkata PKO mangsa cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.03 pagi tadi. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan