BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 WILAYAH - SELATAN > BERITA

Agong Berkenan Terima Menghadap Menteri Besar, Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor

03/07/2025 01:35 PM

JOHOR BAHRU, 3 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor Mohammed Ridha Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan)  Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Pengarah Tanah dan Galian Johor Mohammed Shakib Ali.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan