WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kepala Kanak-kanak Dua Tahun Tersepit Pada Besi Penghadang

03/07/2025 03:52 PM

NIBONG TEBAL, 3 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, di sini hari ini.

Mangsa dipercayai bermain di kawasan besi itu sebelum kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi. 

“Bomba yang tiba di lokasi tujuh minit kemudian berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu daripada besi penghadang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tamat sepenuhnya pada 8.49 pagi dan mangsa berada dalam keadaan stabil serta selamat bersama penjaga.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan