KOTA BHARU, 5 Julai (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 18 pendatang tanpa izin dalam Ops Minyak/Belanja di sekitar Kota Bharu dan Pasir Puteh pada Khamis lepas.
Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi yang bermula kira-kira 4 petang itu melibatkan 27 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kelantan dan tertumpu di kawasan tumpuan warga asing, termasuk pasar raya di dua daerah berkenaan.
Beliau berkata operasi berkenaan dijalankan hasil risikan yang mendapati terdapat kegiatan penggajian warga asing yang melanggar syarat pas serta tinggal lebih masa di negara ini.
“Hasil pemeriksaan ke atas beberapa premis, kami menahan 18 lelaki warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
“Mereka terdiri daripada 15 warga Bangladesh, dua warga Pakistan dan seorang warga Myanmar berumur antara 20 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua individu berkenaan ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial