WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ABP Group Buka Pejabat Malaysia Untuk Bangun Kapasiti Penghantaran Yang Lebih Baik

07/07/2025 10:19 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Penyedia keselamatan siber, ABP Group Pte Ltd telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia melalui pelancaran pejabat baharu di KL Eco City bertujuan membolehkan firma itu membina kapasiti penghantaran yang lebih besar, memperdalamkan penglibatan pelanggan dan bertindak dengan lebih pantas kepada ancaman yang muncul di seluruh Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sun Yi berkata memandangkan lonjakan permintaan untuk penyelesaian keselamatan siber, pengembangan di Malaysia akan memastikan firma itu tetap dekat dengan pelanggan dan dilengkapi sepenuhnya bagi menyokong keperluan mereka. 

"Malaysia ketika ini sedang bergerak lebih mendalam ke arah masa depan digital, keperluan untuk rakan kongsi siber yang dipercayai hanya akan berkembang.

"ABP Group melihat ini sebagai permainan yang panjang, yang menuntut bukan hanya keupayaan teknikal tetapi pemikiran jangka panjang, tanggungjawab bersama serta kepimpinan tempatan," katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

ABP Group berkata risiko keselamatan siber di Asia Tenggara telah dipergiatkan seiring dengan pengembangan pantas dalam penggunaan digital. Memetik laporan keselamatan siber Kaspersky untuk Malaysia bagi separuh pertama 2024, katanya Malaysia mencatatkan 19.62 juta serangan berasaskan web dalam tempoh tersebut, yang tertinggi di rantau ini.

Pejabat KL Eco City akan berfungsi sebagai hab ABP Group untuk penglibatan pelanggan, kerjasama teknikal dan pembangunan bakat tempatan.

 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan