WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kebakaran Hutan Musnahkan 43 Hektar Di Sumatera Utara - BNPB

12/07/2025 12:20 AM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 11 Julai (Bernama) -- Empat kebakaran baharu hutan dan tanah dikesan di Sumatera Utara, bahagian utara Indonesia, membakar sejumlah 43 hektar pada Khamis dan Jumaat, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

BNPB memaklumkan kejadian pertama berlaku pada Khamis di dua kampung dalam Daerah Kecil  Padang Bolak dan Halongonan, Daerah Padang Lawas Utara, melibatkan keluasan 23 hektar.

“Pihak berkuasa tempatan telah berjaya memadamkan kebakaran itu dan siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Kebakaran juga berlaku pada Khamis di kawasan Sibaganding, Daerah Kecil Girsang Sipangan Bolon, Daerah Simalungun, memusnahkan kira-kira 10 hektar, dengan operasi pemadaman masih dijalankan.

Sebanyak 10 hektar lagi terjejas akibat kebakaran yang masih aktif di Kampung Saruaso, Daerah Kecil Tanjung Emas, Daerah Tanah Datar, Sumatera Barat.

Kerajaan tempatan dan penduduk digesa memperkukuh usaha pencegahan dengan mengelakkan pembakaran terbuka, membuang puntung rokok dengan betul, serta memadamkan kebakaran kecil sebelum ia merebak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan