KINABATANGAN, 21 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas bot dinaiki bersama tiga rakannya karam di sungai berhampiran Ladang Temenggong di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Otuh berkata mayat Adzly Kassim, 46, ditemukan penduduk kampung pada 6.30 petang, kira-kira 15 meter dari jarak bot dilaporkan karam.
"Sebelum itu, pihak bomba menerima panggilan daripada polis pada 11.49 pagi memaklumkan bot dinaiki empat lelaki karam semasa memancing ikan, namun tiga lelaki berjaya menyelamatkan diri manakala seorang dilaporkan hilang.
"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian berjarak 115 kilometer dari balai bomba pada 3 petang dan menggunakan bot penduduk kampung untuk mencari mangsa di permukaan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial